Ahad, 2008 Mei 11

selamat hari ibu...

Mama, mummy, mak, ibu, umi, bonda walau apa juga panggilan kita untuk mereka , mereka tetap insan yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita.. Oleh itu, pada hari ini 11 mei 2008 merupakan hari ibu buat para ibu sedunia..

ibu adalah insan yang paling banyak menaburkan jasa dan budi. kasih sayang mereka tiada tolok bandingnuya..walau tidak semua insan dapat merasai kasih sayang dan belaian seorang ibu namun mereka tetap dihati..kesudian mereka mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari amat bermakna. tanpa dia tiadalah kita di dunia ini...

oleh itu terima kasih ibu kerana jasamu membawa aku mengenali alam fana ini...
Buat mak, mama, mummy, mamazi, dan maksu ...khas buat kalian daripada kami anak-anakmu...

SELAMAT HARI IBU...
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..
TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMBESARKAN DAN MENDIDIK KAMI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN KESEMPURNAAN..

Selasa, 2008 April 29

salam takziah..


Sedih betul pabila mendengar khabar berita daripada keluarga hotfm..salam takziah buat kak Lina dan Faizal Ismail serta kayna atas pemergian anak mereka adam haikal iman. semoga roh adam akan dicucuri rahmat..Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya..al fatihah..

Opps..


Cam mimpi plak bila papa aku call..Hehe..bkn apa papa aku mmg bz..nak angkat fon pun payah..hehe.. anak sapelah ni..well, malam itu kami cerita panjang jugalah..terubat juga rindu aku pada papa aku tu..kadang-kadang kita tak sedar yang kita pernah mengabaikan sesuatu perkara yang penting dalam hidup kita..arghh..walauapapun pabila kesedaran itu datang dengan sendirinya sambutlah ia dengan penuh kesyukuran selagi ia belum terlewat..arghh..apa pulak aku mengarut ni..tak kisahlah..janji bahagia...

Jumaat, 2008 April 25

haloo..

haloo..wa..hari ini aku tak kerja jadi lepak kat rumah jela..selain mengemas aku juga tgh sibuk nak cari ilaham baru untuk wat cerpen atau novel..saja nak cuba nasib dalam bidang penulisan..sbnrnya susah jugakan nak cr ilham ni..dahi aku dah nak berkerut memikirkan idea tapi x kuar-kuar juga..last-last aku tgk tv je..

sekarang ni setiap hr isnin, rabu dan jumaat aku rajin juga usha citer jelma..citer tu memang best..klu nak tgk layari je laman web gua..www.gua.com okey..

hari ini tak ada story nak cerita sebab semua dah jadi simple sangat..hehe chow!

Jumaat, 2008 April 18

berhargakah sebuah percintaan?

Orang kata cinta itu buta. betulkah cinta itu buta atau manusia yang buta kerana cinta? Selagi ada rasa sayang dan cinta di hati semua kesalahan dan keburukan pasangan ditelan bulat-bulat. Semuanya terasa indah walau hati dah parah! Salah siapa sebenarnya? jawapannya mudah..dah tentulah salah diri sendiri kerana sanggup membutakan mata dan hati hanya kerana mencintai seseorang. Betul tak?

Tapi itu terpulang pada pandangan masing-masing. persoalannya sekarang berhargakah sebuah percintaan yang dibina kononnya kerana rasa cinta dan sayang yang mendalam? Apa harga sebuah percintaan andai berpisah juga akhirnya. Ada orang bercinta bertahun-tahun tetapi pabila mereka berkahwin, hubungan 'cinta' mereka hanya bertahan hanya beberapa tahun, bulan bahkan ada yang hanya mengecap bahagia cuma beberapa hari sahaja. Berbaloikah percintaan yang dibina bertahun-tahun itu?

SEtiap individu ada jawapan pada persoalan ini..tepuk dada tanyalah hati..jangan pulak tepuk dada tanya selera..itu nak mengenyangkan perut je..hehehe..

Secara ringkasnya, lebih baik kita berserah sahaja pada tuhan..Andai ada jodoh, insyaallah pasti bahagia itu milik kita..

pada mereka yang sedang hangat dipanah asmara cinta..nilaikanlah sejauh mana cinta anda terhadap pasangan..Jangan bercinta kerana rasa kasihan tetapi bercintalah kerana hati pasangan yang luhur.. Cinta itu tidak boleh dinilai dengan wang, rupa paras mahupun darjat tetapi nilailah ia kerana Allah Swt..

selamat berkasih sayang..raikan cinta anda setiap saat, setiap detik dan setiap waktu...

CINTA ADALAH IRADAH TUHAN..
DIKIRIMNYA KE DUNIA SUPAYA TUMBUH
kALAU IA TERLETAK DI ATAS TANAH YANG LEKANG DAN TANDUS
TUMBUHNYA AKAN MENYEKSAKAN ORANG LAIN..
KALAU IA DATANG PADA HATI YANG KERUH
DAN BUDI YANG RENDAH
IA AKAN MEMBAWA KEROSAKAN..
TETAPI JIKA IA HINGGAP DI HATI YANG SUCI
IA AKAN MEWARISKAN KEMULIAAN,
KEIKHLASAN DAN TAAT PADA TUHAN...
WITH FAUZIAH ASHAARI..LUV U..

Khamis, 2008 April 17

salam sejahtera..


Hai semua..


Hari ini hari yang agak memenatkan tapi enjoy..setelah beberapa hari tidak ada kerja melainkan makan, lepak, membaca dan tidur..akhirnya ada juga kerja yang nak dibuat hari ini.. alhamdulillah ada rezeki untuk ot pada petang ni..


Semalam, aku mendapat panggilan telefon dari rakan pena yang sudah lama tidak berhubung. Selain bertanya khabar biasanya rakan-rakanku suka meluahkan rasa hati mereka padaku. Adakalanya dah macam pakar motivasi pulak. Tapi aku tak kisah..Berkongsi rasa dengan insan lain membuatkan aku lebih dewasa dan matang. Kalau you all nak share rahsia atau masalah just find out me..okey!


Berbalik pada cerita kawan aku..dia mengalami masalah dengan pakwenya. secara ringkasnya, dia sanggup menyerahkan jiwa raganya untuk pakwenya itu (kecuali harga diri). Namun pakwenya itu dalam diam curang dengannya. Jika dilihat dari luaran tiada siapa yang menduga yang pakwenya akan bermain kayu tiga. Dengan sifat dia yang agak pendiam, pemalu dan lemah lembut. Memang perfect kalau nak buat hubby. Tapi sayang..sifat luaran tidak sama dengan peribadinya.

Persoalan yang dia utarakan pada aku adalah mengapa lelaki ni selalu nak sakiti hati seorang perempuan dan kenapa lelaki suka main kayu tiga sedangkan perempuan begitu setia? Tidak cukupkah dengan seorang perempuan? (Dalam keadaan marah dan sedih)

Kasihan aku dengar cerita dia. Kerana sifat lelaki yang beginilah membuatkan aku fobia untuk jatuh cinta lagi.(buat masa ini)..

Aku hanya mampu minta dia bersabar dan aku nasihatkan dia untuk break off..tapi dia kata sayang nak putus..Alahai perempuan! inilah masalah seorang insan bernama perempuan..kalau dah sayang dan cinta, seburuk mana pun layanan lelaki itu terhadap mereka, mereka tetap akan cuba pertahankan..tapi secara rasionalnya untuk apa? Kita cuma ada dua pilihan samaada meninggalkan atau ditinggalkan! fikir-fikirkanlah..layak ke seorang lelaki yang kita tahu curang di belakang kita untuk menjadi teman sehidup semati?

Berbalik kepada persoalan yang diutarakan..kenapa lelaki suka menyakiti hati perempuan?

Jawapan ini hanya ada pada mereka(lelaki)..Secara amnya, lelaki penuh dengan sifat ego..dan sifat inilah yang membuatkan mereka adakalanya tanpa sedar telah menyakiti orang yang mereka sayangi.

Kenapa lelaki suka main kayu tiga? Haha..ini pun kena tanya kaum adam juga..sudah menjadi lumrah dan adat lelaki kot yang tak pernah cukup dengan satu..oopppss..jangan marah ya kaum adam..(tak semua ok! masih ada yang setia tau!)..kaum hawa kenalah faham, lelaki sukakan sesuatu yang cantik dan indah pada pandangan mata. Bahkan mereka juga sukakan seorang perempuan yang baik, lemah lembut berbudi bahasa dan penuh dengan ciri ketimuran. Kalau tak percaya tanyalah dengan mereka( lelaki). jadi sekiranya perlukan perubahan, maka kaum hawa berubahlah ke arah kebaikan itu..okey.

Sebenarnya dalam kehidupan yang serba moden ini, kita tidak boleh menuding jari pada sebelah pihak sahaja. Lelaki mahupun perempuan sebenarnya sama sahaja. Mereka mahukan sesuatu yang dapat memberi kepuasan pada mereka. So, fikir-fikirkan..dan pada kawan aku itu..fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan..Perjalanan ini masih panjang untuk kita tempuhi..

wassalam..