Orang kata cinta itu buta. betulkah cinta itu buta atau manusia yang buta kerana cinta? Selagi ada rasa sayang dan cinta di hati semua kesalahan dan keburukan pasangan ditelan bulat-bulat. Semuanya terasa indah walau hati dah parah! Salah siapa sebenarnya? jawapannya mudah..dah tentulah salah diri sendiri kerana sanggup membutakan mata dan hati hanya kerana mencintai seseorang. Betul tak?
Tapi itu terpulang pada pandangan masing-masing. persoalannya sekarang berhargakah sebuah percintaan yang dibina kononnya kerana rasa cinta dan sayang yang mendalam? Apa harga sebuah percintaan andai berpisah juga akhirnya. Ada orang bercinta bertahun-tahun tetapi pabila mereka berkahwin, hubungan 'cinta' mereka hanya bertahan hanya beberapa tahun, bulan bahkan ada yang hanya mengecap bahagia cuma beberapa hari sahaja. Berbaloikah percintaan yang dibina bertahun-tahun itu?
SEtiap individu ada jawapan pada persoalan ini..tepuk dada tanyalah hati..jangan pulak tepuk dada tanya selera..itu nak mengenyangkan perut je..hehehe..
Secara ringkasnya, lebih baik kita berserah sahaja pada tuhan..Andai ada jodoh, insyaallah pasti bahagia itu milik kita..
pada mereka yang sedang hangat dipanah asmara cinta..nilaikanlah sejauh mana cinta anda terhadap pasangan..Jangan bercinta kerana rasa kasihan tetapi bercintalah kerana hati pasangan yang luhur.. Cinta itu tidak boleh dinilai dengan wang, rupa paras mahupun darjat tetapi nilailah ia kerana Allah Swt..
selamat berkasih sayang..raikan cinta anda setiap saat, setiap detik dan setiap waktu...
CINTA ADALAH IRADAH TUHAN..
DIKIRIMNYA KE DUNIA SUPAYA TUMBUH
kALAU IA TERLETAK DI ATAS TANAH YANG LEKANG DAN TANDUS
TUMBUHNYA AKAN MENYEKSAKAN ORANG LAIN..
KALAU IA DATANG PADA HATI YANG KERUH
DAN BUDI YANG RENDAH
IA AKAN MEMBAWA KEROSAKAN..
TETAPI JIKA IA HINGGAP DI HATI YANG SUCI
IA AKAN MEWARISKAN KEMULIAAN,
KEIKHLASAN DAN TAAT PADA TUHAN...
Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Novel 3 Januari 2010
1 hari yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan