
Hai semua..
Hari ini hari yang agak memenatkan tapi enjoy..setelah beberapa hari tidak ada kerja melainkan makan, lepak, membaca dan tidur..akhirnya ada juga kerja yang nak dibuat hari ini.. alhamdulillah ada rezeki untuk ot pada petang ni..
Semalam, aku mendapat panggilan telefon dari rakan pena yang sudah lama tidak berhubung. Selain bertanya khabar biasanya rakan-rakanku suka meluahkan rasa hati mereka padaku. Adakalanya dah macam pakar motivasi pulak. Tapi aku tak kisah..Berkongsi rasa dengan insan lain membuatkan aku lebih dewasa dan matang. Kalau you all nak share rahsia atau masalah just find out me..okey!
Berbalik pada cerita kawan aku..dia mengalami masalah dengan pakwenya. secara ringkasnya, dia sanggup menyerahkan jiwa raganya untuk pakwenya itu (kecuali harga diri). Namun pakwenya itu dalam diam curang dengannya. Jika dilihat dari luaran tiada siapa yang menduga yang pakwenya akan bermain kayu tiga. Dengan sifat dia yang agak pendiam, pemalu dan lemah lembut. Memang perfect kalau nak buat hubby. Tapi sayang..sifat luaran tidak sama dengan peribadinya.
Persoalan yang dia utarakan pada aku adalah mengapa lelaki ni selalu nak sakiti hati seorang perempuan dan kenapa lelaki suka main kayu tiga sedangkan perempuan begitu setia? Tidak cukupkah dengan seorang perempuan? (Dalam keadaan marah dan sedih)
Kasihan aku dengar cerita dia. Kerana sifat lelaki yang beginilah membuatkan aku fobia untuk jatuh cinta lagi.(buat masa ini)..
Aku hanya mampu minta dia bersabar dan aku nasihatkan dia untuk break off..tapi dia kata sayang nak putus..Alahai perempuan! inilah masalah seorang insan bernama perempuan..kalau dah sayang dan cinta, seburuk mana pun layanan lelaki itu terhadap mereka, mereka tetap akan cuba pertahankan..tapi secara rasionalnya untuk apa? Kita cuma ada dua pilihan samaada meninggalkan atau ditinggalkan! fikir-fikirkanlah..layak ke seorang lelaki yang kita tahu curang di belakang kita untuk menjadi teman sehidup semati?
Berbalik kepada persoalan yang diutarakan..kenapa lelaki suka menyakiti hati perempuan?
Jawapan ini hanya ada pada mereka(lelaki)..Secara amnya, lelaki penuh dengan sifat ego..dan sifat inilah yang membuatkan mereka adakalanya tanpa sedar telah menyakiti orang yang mereka sayangi.
Kenapa lelaki suka main kayu tiga? Haha..ini pun kena tanya kaum adam juga..sudah menjadi lumrah dan adat lelaki kot yang tak pernah cukup dengan satu..oopppss..jangan marah ya kaum adam..(tak semua ok! masih ada yang setia tau!)..kaum hawa kenalah faham, lelaki sukakan sesuatu yang cantik dan indah pada pandangan mata. Bahkan mereka juga sukakan seorang perempuan yang baik, lemah lembut berbudi bahasa dan penuh dengan ciri ketimuran. Kalau tak percaya tanyalah dengan mereka( lelaki). jadi sekiranya perlukan perubahan, maka kaum hawa berubahlah ke arah kebaikan itu..okey.
Sebenarnya dalam kehidupan yang serba moden ini, kita tidak boleh menuding jari pada sebelah pihak sahaja. Lelaki mahupun perempuan sebenarnya sama sahaja. Mereka mahukan sesuatu yang dapat memberi kepuasan pada mereka. So, fikir-fikirkan..dan pada kawan aku itu..fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan..Perjalanan ini masih panjang untuk kita tempuhi..
wassalam..